Select Page

“Ada niat nak sabotaj & jatuhkan maruah saya?” -Insp. Sheila tunjuk kesan digari

“Ada niat nak sabotaj & jatuhkan maruah saya?” -Insp. Sheila tunjuk kesan digari

Pegawai polis wanita, Inspektor Sheila yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan mengugut seorang wanita warga emas serta menghina kesopanan seorang lelaki menyatakan yang dirinya telah dikasari sewaktu ditahan.

Memetik laporan dari temubual Utusan TV, Inspektor Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar mengakui kesal dengan tindakan pihak polis kerana cuba menggarinya walhal dia sudah hadir ke balai polis mengikut protokol.

Ada niat nak sabotaj atau jatuhkan maruah?

Dia juga sempat bertanyakan semula kepada pihak berkuasa adakah tindakan tersebut bertujuan mahu mensabotaj dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang anggota polis?

Jadi ,dia dan peguam, M Manoharan akan mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang Malaysia diatas apa yang sudah berlaku.

 

Dalam pada itu, Inspektor Sheila juga menyatakan yang jangan mengajarnya tentang prosedur kerana dia sudah tujuh tahun berada dalam bidang kepolisian dan hidup dalam keluarga yang merupakan anggota Polis Diraja Malaysia.

Penduduk P.J memang kenal Insp. Sheila seorang yang tegas

Ujar peguam, bapa kepada tertuduh pernah berkhidmat selamat 39 tahun sebagai anggota polis dan jawatan terakhir sebelum bersara adalah Asisten Superinten. Manakala, adik Inspektor Sheila juga berada di dalam bidang yang sama.

Inspektor Sheila juga menyatakan yang sejak tahun 2017 hingga 2022, sudah banyak ceramah diberikan dan penduduk Petaling Jaya sedia maklum bahawa dia merupakan seorang anggota yang cukup tegas.

Untuk rekod, Inspektor Sheila telah mengaku tidak bersalah diatas tiga pertuduhan pagi tadi di Mahkamah Majistret Selayang.

Perkara tersebut susulan laporan yang dibuat setelah beberapa video dia memarahi anggota polis dibawahnya dan orang awam tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Sumber: TikTok Utusan TV