Select Page

Caprice Tampil Beri Teguran Pada Wanita Sakan Menari Gelek

Caprice Tampil Beri Teguran Pada Wanita Sakan Menari Gelek

Caprice, pempengaruh media sosial tampil memberi teguran kepada seorang wanita yang sakan menari gelek semasa menjadi penonton di sebuah rancangan televisyen.

Video wanita itu sakan menari sudah tular di laman media sosial TikTok sehingga mengundang kecaman daripada netizen.
caprice

Pertama kali, tiada siapa yang sempurna dan kita faham ada masa untuk bekerja, ada masa untuk beribadah dan ada masa untuk kita enjoy. Kita faham itu semua sifat manusia.

Kalau nak enjoy sangat biar bertempat. Sepanjang saya membuat persembahan di kelab malam semua ni, tak pernah lagi saya nampak seorang perempuan cuba lompat atas orang, ilmu lompat atas orang ni Zouk pun kalah.

Kalau nak buat dosa, buat seorang sahaja, jangan jemput orang, jangan rakam dan paling penting taubat.

Perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagramnya telah meraih pelbagai komen daripada warga netizen

Malah, ada juga segelinitir netizen berpendapat wanita itu terlalu seronok sehingga lupa akan aibnya sendiri.

 

Aku rasa dia excited sangat tu Caprice. Sometimes when kita excited sangat, kita boleh lupa orang sekitar kita. Selepas tengok video ni balik, aku rasa dia insaf atau mungkin malu. Tapi kalau still tak malu, tak tau lah aku.

 

caprice
caprice

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media