Select Page

“Daddy kalau pergi party, tak kongsi di media sosial”

“Daddy kalau pergi party, tak kongsi di media sosial” – Azhar nasihat Leona

Sebelum ini, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menjadi bualan hangat ramai apabila video mandi sungai bersama rakan-rakan dengan hanya berbikini putih tular di media sosial sehingga mencetuskan kritikan ramai.

Susulan itu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Azhar di laman TikToknya, dia menitip beberapa nasihat buat Leona supaya lebih bijak berkongsi apa-apa jenis kandungan memandnagkan pengikut alam mayanya majoriti beragama Islam.

“Hello Leona, apa-apa pun hari ini daddy nak kongsi satu rahsia dengan awak, macam mana daddy boleh kekal lama dalam industri hiburan.
“Okay pertama sekali awak kena jadi bijak lah, ingat majoriti orang yang mengikuti kita adalah Melayu Islam. Tolong jadi sensitif dengan penghasilan kandungan awak,” katanya.

Bukan itu sahaja, aktor yang berusia 52 tahun itu mendedahkan gaya hidupnya sebagai rujukan untuk Leona supaya menjadi lebih berhati-hati kelak. Malah, Azhar sempat berseloroh kepada Leona supaya merahsiakan perkara tersebut daripada ibunya.

 

“Kedua, jadi bijak lah. Macam daddy kalau pergi party, changkat, berjimba ke, private party, saya tak akan kongsi di media sosial. Jadi, saya bijak. Awak pun kena buat perkara yang sama.
“Jangan beritahu mummy perkara ini sebab dia tak ada akaun TikTok, okay! Awak jaga diri kat sana, jadi budak baik..” ujarnya.

Terdahulu, Leona menjadi mangsa kecaman ramai selepas tampil dengan penampilan mencolok mata yang tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang beragama Islam.