Select Page

‘Dalang sebar video 100 peratus daripada anggota Imigresen’ – Menteri MOTAC

‘Dalang sebar video 100 peratus daripada anggota Imigresen’ – Menteri MOTAC

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa dirinya menyalahguna kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Beliau turut mendakwa, penyebaran itu adalah tindakan yang sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.

 

“Kenapa orang Imigresen takut sangat orang tular gambarnya. (Punca) Viral ini saya boleh sahkan 100 peratus daripada Imigresen sendiri kerana saya berada dalam pejabat Imigresen,” katanya.

“Saya mahu satu siasatan lengkap. Periksa gambar viral itu daripada telefon siapa dan saya minta SKMM melakukannya dan pegawai ini disiasat.

“Kenapa dia melakukannya, kenapa buat berita tidak tepat, buat tuduhan fitnah. Adakah mahu selamatkan segelintir pegawainya,” katanya.