Select Page

Individu dakwa Iqbal Zulkefli anak pungut, muka berbeza dengan adik-beradik

Individu dakwa Iqbal Zulkefli anak pungut, muka berbeza dengan adik-beradik

Baru-baru ini, usahawan Iqbal Zulkefli berkongsi beberapa gambar bersama adik-beradiknya di laman sosial telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 29 tahun itu di laman Instagramnya, dia menunjukkan tiga orang adik-beradik perempuannya dengan mempersoalkan sejauh mana persamaan wajah mereka.

“Adik beradik saya. Tiga orang tiada dalam gambar. Seorang sedang di pelamin. Orang cakap muka kami semua berbeza. Betulkah?” soalnya di ruangan kaspyen.

Bagaimanapun, ada individu yang mendakwa Iqbal merupakan anak pungut memandangkan wajahnya sangat berbeza dengan adik beradik yang telah mengundang kritikan ramai.

Tidak mudah melatah dengan pandangan tersebut, Iqbal menjelaskan ketika kecil dahulu dia sering terguris hati apabila ada segelintir masyarakat yang mengatakan dirinya anak pungut namun, setelah membesar dewasa keluarganya mengakui mukanya mempunyai perbezaan dengan adik-adik lain.

“Dulu masa budak-budak saya terasa orang cakap saya anak pungut tetapi apabila besar adik-adik saya pun cakap muka saya maca lain daripada adik-beradik lain. Kadang wajah ini kita ikut datuk nenek yang dulu-dulu,” jelasnya.

Berbeza tak mengapa yang penting hubungan kekeluargaan terjaga

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat setiap adik-beradik pasti mempunyai perbezaan dari segi rupa namun apa yang lebih penting adalah hubungan kekeluargaan mesti dijaga walau apa jua yang berlaku.

Netizen sejuk hati tengok penampilan sopan adik-beradik Iqbal

Dalam pada itu, ramai yang tertarik serta memuji penampilan sopan adik beradik perempuan Iqbal yang sangat menjaga aurat sebagai seorang muslimah.

Sumber: Instagram @Iqbal Zulkefli