Select Page

Individu Mengadu Dengan Menteri Pendidikan Isu Guru Jadikan Anak Murid Sebagai Konten TikTok Dan Terkenal

Tidak pasti tindakan ini boleh atau tidak tapi kalau korang perasan, sekarang semakin ramai warga pendidik kongsi aktiviti mengajar di sekolah di media sosial. Ada antara mereka menjadi terkenal selepas berkongsi momen lucu bersama anak murid ketika mengajar.

Bagaimanapun, ada seorang individu mempersoal sama ada warga pendidik ini dibenarkan untuk merakam dan menunjukkan wajah pelajar di media sosial. Persoalan ini timbul selepas seorang individu mempersoalkan tindakan seorang guru swasta yang cukup terkenal di TikTok berkongsi video sedang memeriksa beg sekolah murid.

Guru selongkar beg anak murid…

Isu ini menjadi perbincangan panas di Twitter dan wanita ini turut memetik akaun rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq kerana menerusi salah satu video, guru itu membuat konten menyelongkar beg beberapa anak muridnya.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, saya menerima video ini melalui WhatsApp. Guru memeriksa barangan murid dalam beg dan memuat naik video di media sosial. Saya tak tahu nama akaunnya di TikTok tetapi guru itu memakai lanyard sekolah tersebut

Sebelum ini juga, beberapa video dimuat naik olehnya pernah tular sehingga mendapat jutaan tontonan malah ada yang sampai lebih 37 juta tontonan.

 

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warganet yang mempunyai berbeza pendapat dan berdebat tentang pendapat masing-masing.

Kredit: Twitter