Select Page

Isteri Serbu Skandal & Hempuk Suami Guna Buku Menu..”Mana Bukti? Ini Buktinya!”

Semakin hari, semakin ramai isteri berani mendedahkan perselingkuhan suami mereka dengan wanita lain. Sudah cuba memaafkan dan memberi peluang untuk perbetulkan keadaan, semuanya dipersiakan begitu sahaja bila mana masih ada pasangan yang mengulangi perangai sama.

Suami ajak selesaikan di luar, namun isteri bantah

Dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang isteri memberanikan diri untuk menyerbu suaminya yang sedang makan berdua dengan wanita skandal di sebuah restoran. Tidak menunggu lama, dia yang awalnya nampak seperti pelayan yang mahu mengambil pesanan terus menghempuk lelaki terbabit dengan sebuah buku menu. Jeritannya turut mengejutkan pelanggan lain yang sedang menjamu selera di sana.

Selama ini tanya mana bukti, mana bukti…Ini buktinya!

Sementara si lelaki diasak bertubi-tubi dengan kemarahan isteri, wanita simpanan berbaju pink hanya terdiam di tempat duduknya. Tidak pelik si isteri marah sebegitu sekali, rupanya sudah berkali-kali suaminya didapati berselingkuh di sebalik perkahwinan mereka.

 

Makin lama makin manusia tak menghargai pernikahan…Padahal itu ikatan suci atas nama Allah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ikutan sedih kerana semakin ramai orang dilihat tidak menghargai kesucian pernikahan. Dalam pada itu, mereka terkejut dengan reaksi si skandal yang tidak nampak gentar langsung.

Kredit : Instagram Dramakuin Official