Select Page

Jemaah haji minta turun pesawat, lupa beri ayam makan

Jemaah haji minta turun pesawat, lupa beri ayam makan

Juhani meminta kebenaran daripada seorang pramugari untuk turun daripada pesawat. – Instagram

JAKARTA – Seorang jemaah haji tular di media sosial selepas dia meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat yang berada di ruang udara kerana belum memberi makan ayam peliharaannya, lapor laman berita Liputan6 hari ini.

Juhani, 95, dari Majalengka, Jawa Barat tiba-tiba teringat haiwan peliharaannya di rumah lalu meminta kebenaran pramugari untuk turun daripada pesawat.

Video kejadian itu dirakam oleh seorang petugas haji, Ustaz Yuyud Aspiyudin dan dimuat naik di laman Facebook,  Selasa lalu.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat yang dinaiki Juhani hendak mendarat di Madinah.

Kelihatan seorang pramugari menghampiri Juhani untuk membantunya. Perbualan pendek antara mereka membuatkan seluruh penumpang ketawa.

“Yang jelas pramugari itu tidak faham apa yang Abah (Juhani) katakan, sedangkan jemaah semua ketawa kerana tingkah Abah yang kelakar,” kata Yuyud.

“Insya-Allah ayamnya sihat. Jangan risau. Nanti bila pulang ke tanah air, ayam itu sudah terhidang untuk majlis kesyukuran,” komen seorang netizen. – Agensi