Select Page

“Maksud saya kiss dahi!” – Ain Edruce geram netizen kecam buat perangai di majlis kahwin Janna Nick

“Maksud saya kiss dahi!” – Ain Edruce geram netizen kecam buat perangai di majlis kahwin Janna Nick

GARA-GARA menjerit dan meminta Janna Nick dan Dini Schatzmann bercium sewaktu majlis resepsi pasangan itu di Pulau Langkawi baru-baru ini, pelakon dan pengacara Ain Edruce menerima kecaman dan kritikan hebat dalam kalangan netizen.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 32, mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf atas sikapnya kerana didakwa berkelakuan kurang sopan serta over sewaktu berada di majlis pernikahan berkenaan.

“Sebenarnya majlis tu dihadiri oleh beberapa rakan terdekat saja dan tertutup, bila nikah pasti ada upacara batal air wuduk, jadi saya minta cium dahi.

“Ain tak saksikan upacara nikah dan bila jerit minta untuk cium tu hanyalah cium dahi, mungkin ada segelintir netizen ni bila dengar cium saja akan berfikiran lain kan?

“Kadang-kadang geram juga bila orang bercakap mengenai perkara ni tanpa tahu cerita sebenar, tapi Ain nak minta maaf kalau buat orang kurang senang dan kalau tak suka perangai Ain jangan jemput datang ke majlis kahwin nanti okay,” kata Ain kepada mStar.