Select Page

“Maut” diulang tiga kali dalam borang yang penumpang perlu tandatangan

Kita semua tahu yang lautan ni bukan alam kita. Malah untuk kehidupan laut pun, tak semua bahagian lautan tu milik mereka.
Tekanan (pressure) akan bertambah ikut kedalaman. Lagi dalam, lagi kuat pressure tu.
Turun setiap 10 meter, naik 1 atm.
Nak pembayang apa akan jadi kalau badan manusia terdedah pada pressure tinggi dasar laut?
Tubuh manusia ni ada banyak ‘ruang kosong’ diisi udara. Macam paru-paru misalnya. Kalau tiba-tiba terdedah, faham-fahamlah apa akan jadi. Pakat mampat habis.
Itulah yang terjadi kat Titan.
Sebelum ni pihak SAR terdiri daripada Amerika Syarikat, Canada dan Eropah sangat bimbang.
Mereka kesuntukan masa. Sebab sangkaan mereka lima orang tu masih hidup. Barangkali kenderaan selam sekadar rosak.
Teori ni bertambah kukuh lepas mereka ‘terdengar’ bunyi ketukan guna teknologi sonar. Mereka berhempas-pulas mencari, walaupun tak tahu ketukan apa yang mereka ‘dengar’.
Cari punya cari, mereka jumpa sesuatu di dasar laut. Sejenis kon. Tak jauh dari bangkai RMS Titanic.
Tengok sekeliling dasar laut tu, jumpa pula sisa sesuatu yang pecah. Macam pelik. Apabila siasat, barulah mereka sahkan.
Kon tu adalah kon di bahagian belakang Titan. Dan segala sisa tu konsisten dengan ciri-ciri fizikal Titan.
Ada sesuatu yang terjadi sebenarnya.
Sekilas pandang, mereka dapat sahkan yang Titan musnah akibat dimampat tekanan laut.
Ikut teori, semua anak kapal dalam Titan tu meninggal dunia tanpa sempat rasa apa-apa.
Instantaneous. Sebab otak tak sempat nak proses ‘rasa sakit’ tu. Tapi ni semua sekadar teori. Kita cuma faham, ni tragedi.
Jika diamati kes ni secara politik, tragedi ni berlaku di perairan antarabangsa. Jadi syarikat OceanGate tak perlu ikut piawaian mana-mana negara.
Tak perlu pengesahan “layak beroperasi”.
Masa benda ni jadi, wartawan David Pogue (pernah naik) berkata semua penumpang kena tandatangani borang.
Dalam borang tu, mereka mengesahkan mereka tahu “ni kapal ujian yg belum disahkan mana-mana pihak dan boleh menyebabkan sebarang kecederaan atau maut.”
Producer Mike Reiss berkongsi benda sama.
“Kat muka surat pertama, ‘maut’ diulang sebanyak tiga kali.”
Malah tahun 2019, majalah Smithsonian mengulas pasal OceanGate ni. Mereka kata CEO Stockton Rush ni “pencipta berani mati”.
Dan ironi betul kalau fikirkan.
Stockton Rush adalah salah satu daripada lima mangsa yang terkorban dalam kes Titan ni. Ironi kalau kita siasat mendalam, Stockton berkahwin dengan Wendy Weil. yang merupakan keturunan Isidor dan Ida Strauss.
Ya. Isidor dan Ida sama yang terkorban dalam tragedi RMS Titanic. Dalam filem Titanic, Isidor dan Ida adalah pasangan tua yang terbaring atas katil waktu kapal mula karam.
Ini memang gila kalau fikir balik. Lain macam jadinya. Tapi kat sini kita semua boleh dapat pengajaran yang sangat jelas daripada Titanic dan Titan.
Mangsa Shahzada Dawood dan Hamish Harding adalah hartawan kaya-raya.
Shahzada tu salah seorang paling kaya di Pakistan. Hamish tu pula memang penggiat laut dalam. Dia pernah jer turun kat Mariana Trench (dasar laut paling dalam di Bumi).
Mereka meninggal dunia dalam insiden ni.
Isidor adalah hartawan Titanic. Kalau ikut standard sekarang, tak lah setaraf Top 100. Sekadar AS$5 juta (kayalah tu. Lagi kaya dari kita yang kena bangun pagi redah jem pergi kerja).
Tapi John Jacob Astor IV memang billionaire kalau kira selepas inflasi.
Kedua-duanya meninggal dunia dalam Titanic. Persamaannya?
Piawaian keselamatan tak ditepati. Akhirnya berlaku tragedi sangat ngeri. Titan tu sekelip mata.
Titanic pula memakan masa. Sejarah berulang. James Cameron yang buat filem Titanic pun cakap benda sama.
“Tersentak aku betapa sama (tragedi ni) dengan nahas Titanic. Kapten dah diberitahu pasal ais tapi dia pecut jua.”
Sejarah berulang.
Sejarah berulang.
Sumber : Ahmad Faezal