Select Page

Melakar sejarah, penaja ABPBH35 dedah undian Bell Ngasri adalah sebanyak 21 juta undi!

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 35 (ABPBH ) telah melabuhkan tirai Jumaat lalu. Namun begitu, masih ramai yang tidak melupakan momen-momen di saat Bell Ngasri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.

Disebalik kemenangannya itu juga, ramai yang tertanya-tanya jumlah keseluruhan undian yang diterima oleh beliau.

Melalui satu hantaran di Facebook pengasas produk Felleraskin yang juga merupakan penaja utama bagi acara ini, beliau mendedahkan Bell melakar sejarah sebagai artis yang menerima undian sebanyak 21 juta.

“Bell yang sangat merendah diri dan merasakan diri takde apa-apa. Alhamdulillah ABPBH 35 melakar sejarah, dengan pecah rekod menerima undian sebanyak 21 Juta. Fuh power!

“Selama 37 Tahun, usaha tanpa ada yang menghargai, tak ada siapa yang nobatkan kemenangan, tapi tetap buat untuk cari rezeki.

“Dari kecik kehulu kehilir naik bas pergi shooting sebab nak cari rezeki. Setelah 37 tahun, baru lah 1 Malaysia menyokong dan akhirnya menjadi Bintang Paling Popular,” tulisnya.
Beliau juga menambah, kemenangan yang diraih oleh Bell sama seperti perjuangan dalam perniagaan.

“Itulah lumrah. Sama dalam business, kita akan penat bila mintak dihargai, dimenangkan tapi kalau kita ikhlas buat untuk diri kita, untuk hidup kita, itu dah cukup bahagia,” katanya.

Selain menerima trofi, Bell juga dihadiahkan dengan pakej umrah yang ditaja oleh Felleraskin.

“Untuk menghargai Bell Ngasri, Felleraskin hadiahkan 1 Pakej umrah untuk Bell.

“Tak tahu pulak memang Bell niat atau nazar kalau dia menang dia nak pergi umrah. Masha-Allah betul rezeki Bell ke umrah melalui Felleraskin. Alhamdulillah. Tahniah Bell Ngasri.

Sementara itu, Bell melalui hantaran di media sosialnya pula mengeluarkan statistik undian apabila sering ditanya jumlah undian yang dia perolehi.

“Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa undian. Ini dia statistik dari pihak NASA, berbilion undian.

“Penduduk Bumi 7.5 bilion, Bunian 7.3 bilion, makhluk planet lain 7.6 billion, lain-lain 7.7 billion,” katanya yang mengundang ketawa netizen.

Sumber: Sharifah Kyra Muhsin, Bellngasriofficial