Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu membidas menteri yang dilantik tidak mengisytiharkan harta mereka walaupun sudah tujuh bulan memerintah walaupun ia sebelum ini menjadi amalan sejak 2018.

“Saya tanya soalan mudah. Sudah tujuh bulan berkuasa, mengapa barisan Kabinet belum isytiharkan harta?

“Ini mengenai tadbir urus kerajaan yang baik #PolitikBaru. Ia (pengisytiharan harta) sudah menjadi amalan sejak 2018. Malah dikongsi secara terbuka melalui laman web SPRM,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter.

Semalam ketika sidang medianya, Syed Saddiq turut mengulas isu sama dengan berkata, pengisytiharan harta cara yang baik untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam kalangan menteri.

Melalui ciapan sama, Syed Saddiq turut mempersoalkan mengapa dasar berkaitan pengisytiharan harta itu dihentikan.

“Mengapa berhentikan dasar ini? Apa yang perlu disembunyikan?” katanya.

Pada 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu memaklumkan semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada beliau.

Ketika mengumumkan langkah itu, Dr Mahathir berkata maklumat diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

Sejak beberapa hari lalu, MUDA menarik perhatian dalam kancah politik negara apabila mengumumkan akan bertanding secara solo dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Selepas dituduh tergesa-gesa dalam membuat keputusan itu selain dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan Anwar, Presiden MUDA itu membalas bahawa parti itu disisihkan dan diperlekeh selepas dan tiga surat dihantar untuk bertemu Pakatan Harapan (PH) tidak dilayan.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.