Select Page

Qistina Raisah Dibuang Sekolah Semasa Darjah 1 Sebab Sibuk “Shooting”

VIRAL

Menjadi seorang selebriti bukanlah suatu benda yang mudah terutamanya jika seseorang itu berkecimpung dalam dunia penuh glamor ini sejak dari usia muda.

Mana tidaknya, tuntutan masa serta komitmen yang tinggi merupakan perkara yang penting dalam membina sebuah kerjaya lantas zaman kanak-kanak yang normal bukanlah pilihan bagi selebriti-selebriti cilik tempatan mahupun antarabangsa.

Dibuang Sekolah Semasa Darjah 1
Hal inilah yang dialami oleh pelakon cilik sensasi iaitu Qistina Raisah. Gadis remaja itu baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah dibuang sekolah ketika beliau berusia 7 tahun akibat kesibukan jadual kerja sebagai seorang anak berjiwa seni.

Dedahnya lagi, pada waktu tersebut beliau hanya sempat menghadirkan diri untuk sesi perbelajaran darjah satu selama 10 hari sebelum dirinya dibuang oleh pihak sekolah.

Dapatkan Pendidikan Melalui Homeschooling
Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarul Azri turut menambah sejak kejadian tersebut, beliau mula mendapatkan pendidikan melalui sistem pembelajaran dari rumah ataupun secara umum digelar “homeschool”. Pelakon remaja yang kini berusia 14 tahun itu walau bagaimanapun mendedahkan beliau pernah cuba mendaftar masuk ke sekolah semula bagi menduduki UPSR namun terhalang oleh pandemik Covid 19.

Pasang Niat Sambung Belajar Overseas
Anak bongsu daripada 5 beradik itu turut menyuarakan keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara semasa beliau masih kecil. Namun, menyedari tanggungjawab untuk bekerja sebagai anak seni sudah ditetapkan tuhan, beliau memilih untuk akur. Tambahnya, orang yang belajar tinggi-tinggi belum tentu berjaya dan memandangkan beliau sudah mempunyai karier dan nama jadi lebih baik jika penglibatannya diteruskan sahaja.

Kredit: Portal Kosmo