Select Page

Simpanan RM300K Lesap Buat Main Judi Online, Lelaki Kongsi Kisah Jadi Bankrup

Semua orang pernah melakukan kesilapan. Bagaimanapun tidak ramai yang berani membuat pengakuan di hadapan umum apatah lagi jika perkara tersebut melibatkan aib. Berbeza kisahnya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Teh dalam TikTok apabila tanpa berselindung menceritakan kepada orang ramai bagaimana dia boleh menjadi bankrap selepas wang simpanan miliknya hampir RM300,000 habis gara-gara bermain judi online.

Mula jebakkan diri main judi online sejak PKP

Dedah lelaki itu, dia mula melibatkan diri dengan permainan tersebut sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara sehingga merencatkan semua industri termasuklah perniagaan yang diusahakannya. Disebabkan ‘terkurung’ di rumah, Pok Teh mengakui dia mula berjinak-jinak bermain judi online, namun pada awalnya hanya bermula dengan modal yang rendah iaitu sekitar RM50.

Keluar modal besar, wang hangus

Lama-kelamaan, wang yang diperolehnya semakin bertambah selepas menaikkan modal ‘top up’ sebanyak RM200 dengan pulangan bernilai RM1,000. Dia kemudian memberanikan diri mengeluarkan modal tinggi bernilai RM3,000 dengan harapan untuk mendapat pulangan besar, namun sia-sia apabila wang miliknya hangus begitu sahaja.

 

Gambar sekadar hiasan

Kepada orang di luar sana janganlah jadi macam saya

Lebih teruk, lelaki itu turut membuat pinjaman ah long tetapi tidak mampu membayar semula dan kini menjadi buruan ceti haram tersebut. Bukan itu sahaja, namanya juga sudah disenarai hitam oleh bank. Sedar dengan kesilapan yang dilakukannya, Pok Teh memberi pesanan kepada masyarakat agar tidak menjebakkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah tersebut.

 

Kredit: TikTok Pokteh_64