Select Page

Tak Mahu Undang Fitnah, Ustaz Wadi Annuar Tampil Jawab Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

SINAR • 12 June 2023

Pendakwah, Ustaz Wadi Annuar mendapat perhatian dan reaksi daripada warganet apabila menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah resort terkemuka di Langkawi, kelmarin.

tak mahu undang fitnah, ustaz wadi annuar tampil jawab hadir majlis resepsi janna nick

Tambahnya, dia tidak melihat pengantin lelaki mahupun perempuan lagi sebelum diminta pihak penganjur untuk duduk di suatu tempat ketika tiba di majlis tersebut.

“Selepas lebih kurang 10 minit, pengerusi majlis buat pembukaan sedikit dan mengumumkan untuk saya baca doa. Ketika itu, pengantin tiada lagi.

“Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik,” katanya.

Dia juga menjawab persoalan orang ramai bahawa dia tidak tahu apa yang akan berlaku dalam majlis itu kerana dijemput hanya untuk makan kenduri dan bacaan doa.

“Apabila melihat keadaan sebegitu, saya terus ajak pembantu saya beransur selepas pengantin beredar dan memang kami balik pun. Boleh tanya penganjur.

“Itu yang diajar oleh agama Islam, iaitu tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.

“Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mahu keruhkan keadaan.

“Alhamdulillah semuanya tenang, pengantin pun ok tidak rasa apa-apa, saya pun menghadiri kenduri kahwin wajib. Apabila saya sampai, baru saya tahu keadaan disitu dan kemudiannya beredar,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online