Select Page

[Video] Selamba jual jagung bakar depan KLCC, penjaja warga asing digempur

Susulan video tular, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggempur penjaja warga asing yang membakar dan menjual jagung di hadapan pintu masuk Suria KLCC baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, operasi tindakan khas itu turut dijalankan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee pada hujung minggu lalu.

Selamba jual jagung bakar dan macam-macam lagi

“Sebanyak empat tindakan sita/pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjaja makanan dan minuman termasuk dua peniaga pakaian terpakai.
“Satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen
“Satu lagi notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 – Kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam,” katanya.

DBKL berkata, pihaknya juga telah menempatkan anggota penguatkuasa di beberapa lokasi ‘panas’ yang berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin bagi memastikan aktiviti seperti itu dapat dibendung.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok @sitisarahabdullah_ memuat naik dua rakaman video memaparkan penjaja dipercayai warga asing menjual jagung bakar di sekitar kaki lima berdekatan mercu tanda Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

 

Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, TikTok @sitisarahabdullah_