Select Page

[Video] Terdesak mahu beli beras, pakcik datang kedai nak jual ‘phone’ Nokia

Tular sebuah video memaparkan seorang pakcik mahu menjual telefon bimbitnya untuk membeli beras demi kelangsungan hidup.

Menerusi akaun TikTok Nor Asiah Kamis, pakcik berusia lingkungan 50-an itu dilihat datang ke sebuah kedai telefon bimbit berseorangan bagi menjual peranti jenis Nokia tersebut.

Nak jual ‘phone’ Nokia

 

 

Walau bagaimanapun, pekerja wanita menyatakan bahawa mereka tidak menerima peranti model lama sebelum bertanya mengenai tujuan pakcik itu ingin menjual telefon bimbit berkenaan.

“Telefon ni kami tak ambil pakcik, jenis lama ni. Sebab apa pakcik nak jual?,” kata wanita tersebut dalam loghat Kedah.

Difahamkan, pakcik terbabit seolah-olah terdesak apabila tetap menerima walaupun dijual dengan RM20 selepas wanita berkenaan menawarkan harga RM50.

Rakaman berdurasi hampir satu minit itu meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 2,200 komen dalam kalangan netizen yang rata-rata tersentuh hati melihat kesusahan hidup pakcik tersebut.

Saya sebak tengok!

Sedihnya.. moga dipermudahkan urusan

Namun begitu, Nor Asiah menjelaskan bahawa video terbabit adalah konten semata-mata yang dilakonkan semula bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Lakonan semula

Untuk konten kesedaran saja

Sumber: TikTok @asiah1106